1 Aug 2014

Pra Universiti

Assalammualaikum semua, hi! (lambai tangan) :)
dah lama gila haku tak update blog ni wehh bersawang dah, harini baru lah bukak blog ni. Serious rindu! hahahah Aku update ni sebab tengah cuti raya seminggu tu pun dah hari Jumaat. ( Giler sekejap cuti) hahaha.

Okay, apa jadi dengan aku sekarang? hahaha sekarang aku sambung study kat sekolah.Form 6. Um, budak sekolah lagi ke? hmmm -.- Best jadi budak sekolah lagi tapi terikat dengan peraturan sekolah lagi lah dan form six nih kan memang lahhh tersangat padat jadual weh. Kalau cuti tu takde assignment perhh heavennn giler baru lah rasa nikmat yang teramat. Haha cerita nak gempak padahal baru je masuk sem 1. Tapi betul, raya ni tak berapa nak raya lah terpaksa beringat. Bila nak raya sakan je teringat assignment guaa -,- terus terbantut wehh nak raya sakan

Macam mana dengan keputusan SPM aku? Alhamdulillah, melepasi apa yang dijangka weh. Bersyukur sangat dapat result macam ni sebab aku rasa aku tak habis belajar weh masa nak ambil SPM dulu, hahaha. Minta jugak politeknik premier dengan universiti, tapi tak dapat. takpelah dapat tawaran untuk masuk tingkatan 6 ni pun dah cukup bagus. At least, ada jugak tawaran yang aku dapat. Hahaha tawaran lain semua dari kolej2 swasta. Menimbun surat kolej2 ni. Aku bukan apa, kalau aku masuk kolej swasta dah sah2 semua benda pakai duit, aku fikir taknak lah buat pinjaman PTPTN muda2 ni woii, degree nanti baru lah amik rasanya, baru berbaloi. Tingkatan 6 ni susah ke tak? memang susah, kalau kau masuk mana2 pun akan jadi susah sebab tu kena belajar. Ni pun tingkatan 6 dah dimudahkan dengan membahagi satu setengah tahun tu kepada 3 semester. Padat =.=

Aku sendiri yang nak form 6 ni sebab masa dia pendek je pejam celik kau dah dapat STPM punya result, masa tu umur kau baru 19 nak ke 20 tahun. kalau amik diploma umur kau dalam 20 nak ke 21 baru habis. Masa tu aku dah tengah2 sem degree dahh hahah Inshaallah :)Form 6 memang tak glamour, tapi tak glamour nilah yang paling bagus exam dia. Kebanyakkan orang yang aku tengok semua masih memandang rendah kat form 6 ni. Kami kat sini bukannya senang2, ni semua tawaran. Kalau kau takde tawaran terpaksa buat rayuan secepat mungkin lah.

Okaylah aku malas dah ni sebab sekarang ni pun jam menunjukkan 3.38 a.m hahaha giler panda ni. Ngantuk doh. tidurr luu. hahahah belanja sikit gambar form six ni weh.
Kalau tak suka mohon pergi ehh. Kbai sayang-ii ;)



Ok tu Amy dengan Aini

haaa, lupa nak cakap. Aku dah jadi pemakai braces tegar dah :D
okay tu jelah takyah banyak2 sangat lah hahah btw Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Hehe ok Assalammualaikum :)