6 Jun 2015

Kehidupan menjadi pelajar Form six, Tingkatan 6, Tingkatan enam, Pra Universiti



Hahaha, lama dah tak update blog. Takpe aku memang suka macam ni, dah berapa bulan, tahun yang lalu update, tak lama lepastu baru update lagi. Hahaha. Kesian. Hehehe, Assalammualaikum para pembaca senyap sekalian, seperti tajuk di atas, Anis nak cerita pengalaman Anis menjadi pelajar form six. So, Tingkatan enam ni, adalah satu cara yang singkat untuk mengambil degree selain asasi dan matriks. Memang banyak kelebihan masuk tingkatan enam ni. Dapat menjimatkan masa, menjimatkan kos , taraf A-level, sijil diiktiraf seluruh dunia dan macam2 lagi.

Ramai orang cakap 'susah la tingkatan enam ni', 'taknak lah form six tak glamour la', dan macam2 benda yang tak sedap didengar lagi. So far, selama 2 semesta aku dah lepas ni apa yang boleh dikatakan memang susah. Hahahah. Kalau korang masa tingkatan lima dulu suka cantik2, pengemas, dan sebagainya percaya atau tidak bila kau masuk form six semua tu boleh berubah macam tu je. Kau takkan kesahkan tudung kau, bilik kau, dan macam2 lagi. Kebanyakkan lahhhh. Hanya yang segelintir je boleh jadi samaa je. hahaha. Ye, memang padat.

Masa sem 1, keadaan agak releks,chillex, sikit lahh. masuk bulan 5, awal tahun tak fikir pape, belajar macam biasa, presentation, kem, sukan, semuaa tu alahh macam benda normal tu. Tapi tu pun hakak rasa beban sangat. Banyak sangat kerja. Masuk form six ni jangan haraplah kerja kau tak siap boleh blaa macam tu je. Nak taknak kerja kau mesti siap lagi2 presentation. Masa nak dekat exam, serious 4 subjek je kann , je kann. Tapi berapa lama kau nak baca semua tu masuk dalam otak. Menangis pun ada jugak. Sambil baca sambil nangis kau rasa? hahaha.

Masuk sem 2 , kau boleh jadi gila kalau tak pandai kawal stress. Betul. Hahaha. Mana nak baca buku, Mana nak siapkan kerja kursus. Kerja kursus form six ni ibarat mini thesis. Perlu memenuhi kehendak tema atau soalan. Semua kau perlu buat sendiri. DAN, siapa rajin tanya cikgu dia dapat. serious, sem 2 ada 3 kerja kursus kena buat. Kajian-kajian luar. Memang masa kau buat KK ni tak fikir dah pelajaran ke mana. Fokus kat KK je. Siap satu hantar, ada je kena baiki. Rajin tu mesti ada kalau nak markah tinggi. Apa yang cikgu suruh buat, please jangan tangguh. Buat cepat-cepat sebab kau akan banyak lagi kerja nak buat. Memang padat. Then dah hantar, presentation pulak. Lepastu, baru la settled. Tapi. hahah Tapi. tak sempat kau nak bernafas macam2 ujian pulak datang. Ujian 1 , percubaan, tahu2 terus exam sebenar sem 2 . memang kena cepat2 belajar, buat nota, baca, hafal. Lepas je habis exam paper yang terakhir fuhhhhh cikgu cakap "okay datang ye esok saya nak bahagi kumpulan untuk sem 3" Tak sempat nak bernafas. Tak sempat nak bernafas kat sini bukan bermaksud kau bernafas tarik..lepas..in..out...hahahaha tak sempat nak berehat.

So, tips yang dapat aku bagi or pengajaran dari pengalaman hidup ni firstly, pandai membahagikan masa. Jangan tangguh kerja, lepas kau dah siap kerja awal2 percaya lah kau akan rasa satu nikmat yang memuaskan. Lepastu, kena buat nota. Sebab, bila kau buat nota, kau tulis kan? bila kau tulis kau akan ingat dengan cepat sebab kau rasa kau penah buat. Lepastu tips nak hafal, buat akronim. Ni serious tak tipu senang kau hafal, lembut je masuk paleotakk. Kemudian,jangan kedekut ilmu, apa yang kau tahu, apa yang kau faham kau share lah dengan kawan2. Tak lari mana ilmu kau, makin bertambah. Apa salahnya kita sama2 berjaya kan?. Then, pasal KK pulak, kau! ye kau lah! kena pentingkan diri dulu. Jangan sesekali tolong orang lain kalau kau sendiri tak boleh buat. Bukan nak ajar kau selfish. Tapi, hakikatnya cuba fikir, diri kau sendiri tak siap2 sibuk tolong orang lain. Lain lah kalau kau dah siap, dah ada tajuk, dah kedepan dari orang lain tapi kau taknak tolong. Mohon tembak orang macam ni.

Lepas naik cuti ni bermulalah semesta 3. Sama je takde yang berubah, Kerja kursus, belajar, presentation. Semoga lebih dimudahkan. Aminnn. Okay la tu jelah hakak dapat share sikit2. Banyak nak share tapi malas nak cerita hahaha. Ok bye. Pape nak tanya chatbox kay thank you. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan comment kat sini kay