31 Oct 2013

High school graduated

Assalammualaikum! and hi (lambai tangan) :D

Fuhhh fuhh fuhh! berhabuk dah blog saya ni lama dah tak kena usik. Last updated bulan June haritu, sekarang dah nak masuk November. November?? OMG! harini saya update blog bermaksud lagi enam hari sahaja lagi saya dan calon SPM yang lain akan menduduki peperiksaan. So, apa persediaan? baca buku sepenuh hati babe! Perasaan excited gila, haha taktahu kenapa tapi memang nak cepat sangat jawab exam! Doakan Anis untuk SPM nanti :)

Kenapa ehh time nak dekat exam ni barulah rajin nak meng-update bagai. Sebelum ni tak update buat apa? Haishh nak buat macam mana busy tak sempat nak buka blog langsung. Sepanjang tak berblog ni banyak dah berlaku. Apa yang berlaku? Gerak Gempur, Kawad pun dah selesai lama, Kayu ukiran untuk seni pun dah hantar, Lesen L settled (hold on lesen P lepas SPM), Graduasi done, haha pendek kata tinggal SPM je lah yang belum. Sebenarnya tak sabar nak habis sekolah nak cepat-2 kejar cita-cita, perasaan sedih dah nak habis sekolah tu pun ada, pisah dengan kawan-2 and guru-2(sebak :/)

Okay-2 nak cerita sikit Hari Graduasi yang berlalu pada 28.10.2013 isnin lepas, best sangat walaupun sebenarnya ada masalah dengan pentadbir soal pemilihan baju pada hari tersebut. Pentadbir minta pelajar form 5 ni pakai baju sekolah untuk Hari Graduasi! siapa yang nak macam tu? kata majlis untuk form 5 tapi macam tu pula jadi. Berkat pujukan semua dapat juga memakai pakaian bebas, yayyy!! Ni ada gambar nak kongsi, hehe. Actually, terasa macam diploma pun ada hahah topi je yang takde.

#bffMARSHAAZLAN graduation:)









Hehew best sangat kay! Memori indah bersama sahabat, #bffMarshaazlan forever! (sempat hashtag -.-') Seminggu sebelum SPM ni kat sekolah sibuk dengan Pecutan Akhir. Okay sebelum menamatkan blog harini, Anis dapat PLKN =.= Hmm apa boleh buat terima jelah ketentuan Ilahi. Mesti ramai yang senasib kan? hahaha okay sampai sini saja ^^ Jumpa lagi! :D
Calobeteh! Take care :D

2 comments:

Tinggalkan comment kat sini kay