5 Oct 2018

Tips Menghafal dengan Mudah

Assalammualaikum semua :) Semoga kalian yang membaca ini dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik. Aaminn. Okay, first sekali sis Anis nak tanya pernah tak rasa:- 
😩 susah nak menghafal?

😩 rasa sakit otak bila kena menghafal?

😩 Buntu cara yang betul untuk menghafal?

Pernah? Kalau pernah teruskan membaca okay,sebab sis akan cuba beri beberapa tips untuk menghafal yang sis sendiri amalkan untuk study. Semoga dipermudahkan ya :)

Pertama kali, bagi yang Islam, semestinya, sebelum menghafal sesuatu, awak perlu untuk 'membersihkan hati' dulu. Pernah tak kadang-kadang kita rasa benda tu senang je nak hafal, tapi susah nak masuk. Faham tak? Hahaha. Sis pernah juga mengalaminya. Kadang-kadang rasa geram kenapa susah sangat nak ingat benda ni, tapi sebenarnya senang je. Okay. Bila jadi macam ni, apa yang perlu awak buat, awak perlu bersihkan semula hati awak, kosongkan minda daripada masalah-masalah yang membelenggu, sebab perkara-perkara macam ni sebenarnya faktor yang mendorong seseorang untuk lebih serabut. Jadi, cara untuk membersihkan hati, sebagai umat Islam, apa salahnya awak luangkan masa sebentar selepas solat untuk membaca ayat suci Al-Quran, zikir, berdoa supaya diterangkan hati dan sebagainya. Betul ke ni? Kalau awak tak percaya awak boleh cuba. Try je dulu tengok macam mana. InshaAllah hati dan fikiran awak lebih tenang. Bila sudah tenang, yaa.. awak menghafal sesuatu pun lebih mudah :)


So, lepas je korang rasa dah tenang and hati dah lapang, apa yang perlu awak buat, awak kena 'check semula nota-nota' awak. Tulisan nota awak tu adakah guna pen berwarna biru saja? atau pen warna hitam saja? eh apa kaitan ni? Okay. Sebenarnya, some of you maybe dah tahu yang tulisan dekat nota kita tu sebenarnya sangat memainkan peranan walaupun sebenarnya alahai benda simple. Cuba bagi sedikit 'WARNA' dekat nota-nota korang tu. Kajian mendapati dengan menggunakan warna yang berlainan dalam menulis nota, warna tersebut boleh mempengaruhi ingatan seseorang. Siapa yang pernah buat mungkin faham. Macam sis sendiri, sis sangat suka guna pen berwarna merah. Sis rasa bila nota sis kaler merah ni fuhhh lagi cepat nak masuk otak sis hahaha. Cuba cari warna yang sesuai dengan diri korang. Then, cuba perhatikan ada perbezaan tak? ;)

Okay, sis boleh faham tak semua orang rajin buat nota (full nota) terutama yang dah university's life gittew. Kebanyakkannya cuba untuk membaca nota terus daripada buku atau nota yang bercetak. Tapi, untuk mudahkan pembacaan dan penghafalan korang. Korang perlu juga untuk keluarkan point penting daripada ayat yang panjang. Pastikan kata kunci mudah untuk diingati. Sebagai contoh: "Ali berjalan kaki ke kedai". Jadi, korang perlu keluarkan point penting 'Ali ke kedai'. Tulis je di ruang-ruang kosong dalam buku, kat tepi petikan ayat pun boleh lagi mudah nak baca.

Kemudian, yang PALING PENTING dalam teknik menghafal adalah dengan membuat 'AKRONIM'. Macam mana akronim tu? akronim tu adalah HURUF yang di hadapan setiap point penting yang korang dah keluarkan. Sebagai contoh: Ali ke kedai. Jadi, akronim bagi point penting ini adalah huruf A. A untuk Ali dalam point tadi. So, katakanlah point penting kedua adalah: Umi ke kedai. Jadi akronim untuk point kedua ini adalah huruf U. Jadi gabungkan akronim ni menjadi perkataan AU. Semestinya korang akan mudah untuk menghafal. Percayalah, kalau korang rasa akronim cara yang rumit, cuba buat sekali untuk exam akan datang ni. Lebih berhasil :)

CONTOH AKRONIM. Sumber: google 

Cara-cara yang sis bagi ni adalah yang basic sahaja. Kalau uols nak lebih tips boleh let me know. Contact sis dekat ig: @anysmyraa. Sis akan direct bagi tips. Sebab sis memang suka menghafal. Terima kasih sudi membaca semoga berjaya! :D

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan comment kat sini kay