12 Jan 2013

kucing sayangg

Assalammualaikum and hi (lambai tangan) harini aku nak buat entry pasal kucing-kucing kesayangan aku kat rumah ni , ada yang masih ada.. ada yang dah takda .. tapi entry ni khas untuk kucing aku Tulus Ikhlas , wahh sedap bukannn nama dia ? haha. Lain hari aku buat pasal kucing aku yang lain , boboiyot , beyond , budoy , benjo !!! hahaha

Kay ni kucing aku yang paling aku sayang , lepas kucing aku yang lama dh tak balik-ii. Adik aku a.k.a angah bawak kucing ni masuk rumah . Sumpah kurus sangat . Aku just tertarik dengan warna dia , ada 3 kaler.. orang cakap ada ongg . Okay betul memang ada ongg kucing ni memang senang sangat nak jaga. Buang air pun memang takkan pernah kat dalam rumah , selagi dia boleh tahan dia akan meowwww meoowww kat depan pintu sambil pandang orang yang lalu lalang kat dalam rumah suruh bukak . Hehew tapi kalau dah tak tahan dia terpaksa jugak lepas dalam rumah -.- time ni memang mama akan bising sebab tak bukak pintu. Kami panggil Kurus atau nama glamour Cruise (hehuhaaaa)sebab dia kurus sangat masa jumpa tapi bila dah jaga gemuk jugak lah sikit tapi kat atas cakap Tulus Ikhlas? Okay itu sebab dah tukar saat-saat akhir :) hehe. . Nak tengok tak muka dia? Act , dia ni memang pandai pose . takyah penat2 aku suruh dia buat gaya ni gaya tu.

terbaekkk kan , tapi tabik lah kat dia sebab dia memang akan sabar aku letak shawl or apa-ii atas kepala dia , hehew rindu kauuu :(


Kelebihan yang lain dia suka sangat jilat tangan orang, korang letak tangan korang kat muka dia nanti dia jilat lahh. Tapi jilat badan dia sendiri pun memang rajin sangat. DOUBLE WOWWW!!! hehew . Sumpah kucing ni pelik sikit, Apa yang pelik? dia tak suka orang menangis and marah-ii atau jerit-ii , cuba lah buat depan dia memang dia akan datang depan muka kau , dia terkam , dia cakar , dia makan kau!!! << kay tu tipu . Haha aku pun tak berani buat sebab aku pernah nangis tutup muka atas katil tahu-ii dia ada depan aku tunggu masa nak cakar , kay time ni aku memang terus diam! Hahaha.

Kucing ni suka sangat naik kereta , asyik-ii nak ikut je mana orang pergi. Kalau boleh bawak aku dah bawak dah kau Tulus.. lepastu tak takut kereta! haritu mama nak masuk parking kau selamba badak je ehh duduk depan taknak gerak-ii . Dah hon banyak kali pun degil duduk selamba badak je ! haishh terpaksa aku yang kena keluar ambik kau ! kucing ni berasal dari Klang tapi aku pindah Kajang dia pun kena ikut jugak , terpaksa dohh tinggalkan pakwe dia yang HITAM legam tu. Korang tahu? Dalam banyak-ii kucing jantan yang hensem-ii dia pilih si Hitam ekor kontot . haha takpelah Tulus asalkan kau bahagia.

Kat Kajang , memang Tulus tak senang duduk . Sebab ada kucing nenek nama dia Lulu. Sumpah takleh jumpa langsung! kalau jumpa perang dunia ketiga malahan keempat meletus , sampai aku pun kena cakar sekali kalau nak leraikan . Hampehh! . Betul lah orang cakap 3 warna ni ada ongg , tulus kalau jaga rumah memang selamat rumah ni . Pernah haritu , kitaorang keluarkan Tulus sebab takut dia sakit perut nak melepas , lepastu kau tahu ? aku balik rumah monyet masuk selongkar dapur . Cis ! bedebah tol ! haha . kalau masuk tulus dalam rumah takde pape yang berlaku. Tulus kucing berani, buktinya aku pernah nampak dia dengan anjing. Anjing tu lompat-ii , menyalak-ii depan Tulus tapi kau tahu Tulus buat apa? dia duduk tercegat sambil buat muka ni>> (-.-) . Haha aku tabik lagi kat kau Tulus !! Tulus tak pernah ada anak . Sebab aku pun taktahu , bila dia beranak je , mesti tak jadi anak dia . kesian sangat-ii. Sebab tu dia amik boboiyot , beyond , budoy jadi anak angkat. Nanti aku citer kay? :')

Tapi sekarang Tulus dah takde, dia tak balik masa Hari Raya AIDILFITRI hari yang kedua bersamaan 20 Ogos 2012 << my bufdayyy!!!! tapi Tulus sempat ambil gambar hari raya pertama dengan family aku :'( aku taktahu Tulus pergi mana. Andaian aku :

i) Kena makan ular (sebab ada banyak semak samun kat sini)
ii) kena langgar kereta (sebab rumah aku tepi jalan raya)
iii) orang ambil bawak balik (sebab Tulus comel sangat!!!!)


apa-ii pun Tulus , happy sangat ada kucing macam kau , kucing yang berani selalu teman aku sorang-ii kat rumah , pernah haritu aku nak tutup pintu dapur boleh pulak ada cicak besar jatuh , tapi tu bukan cicak , besar sikit daripada cicak , kecik sikit daripada biawak ! seram doh!! aku menjerit je semua kucing lari tapi yang datang kat aku?? TULUS IKHLAS !! dia tengok benda apa yang kacau aku then halau benda tu keluar , aku intai je daripada belakang pintu bilik aku! Sumpah semua cerita ni kisah benar! aku sayang Tulus sangat-ii!!! Bila lagi aku nak jumpa kucing macam kau? :'( Alongg sayang Tulus !!!! :(

3 comments:

Tinggalkan comment kat sini kay